M

MySkoolDeen

Platform Pengurusan Sekolah Agama Bersepadu

Masuk ke Sistem
Platform Pengurusan Sekolah Agama Bersepadu

Urus sekolah agamadengan lebih mudah,tersusun dan pantas.

MySkoolDeen ialah platform pengurusan sekolah agama bersepadu yang menghimpunkan data murid, guru, kehadiran, penilaian, jadual, yuran dan laporan dalam satu sistem.

Modul sistem

Semua operasi dalam satu aliran kerja

Dari rekod murid hingga laporan sekolah, semuanya dalam satu platform.

Murid

Urus maklumat dan rekod murid secara tersusun.

Guru

Urus maklumat guru dan peranan pengguna.

Jadual Waktu

Jana dan semak jadual pembelajaran dengan lebih mudah.

Kehadiran

Rekod dan pantau kehadiran pelajar dengan lebih pantas dan tersusun.

Penilaian

Urus rekod penilaian dan pencapaian pelajar secara digital.

PBD

Rekod dan pantau tahap penguasaan pelajar dengan lebih mudah dan tersusun.

Yuran

Urus rekod yuran, bayaran dan status tunggakan pelajar dengan lebih mudah.

Tetapan

Urus konfigurasi sekolah, tahun akademik dan sistem.

Aliran kerja

Daripada rekod kepada tindakan.

Data sekolah yang tersusun membantu guru dan pentadbir bekerja dengan lebih cepat dan yakin.

01

REKOD

Maklumat murid, guru, kehadiran, penilaian, PBD, jadual dan yuran direkodkan dalam sistem.

02

URUS

Data boleh disemak dan diurus mengikut keperluan sekolah.

03

TINDAK

Maklumat yang tersusun memudahkan laporan, pemantauan dan tindakan susulan.

Satu platform. Satu sumber data. Satu pengurusan yang lebih tersusun.

MySkoolDeen menyatukan pengurusan murid, guru, kehadiran, penilaian, PBD, jadual dan yuran dalam satu platform untuk memudahkan operasi sekolah setiap hari.

Lebih daripada sekadar rekod.

MySkoolDeen membantu sekolah membina pengurusan yang lebih tersusun dari hari ke hari.

Jimat Masa

Kurangkan masa yang dihabiskan untuk mencari, menyusun dan mengemas kini rekod.

Data Tersusun

Maklumat sekolah disimpan secara berpusat dan mudah dicapai.

Kurangkan Kerja Manual

Kurangkan kebergantungan kepada rekod dan proses yang berulang.

Lebih Mudah Dipantau

Pentadbir dapat melihat maklumat penting sekolah dengan lebih jelas.

Langganan tahunan

Mulakan dengan pengurusan yang lebih tersusun.

Harga langganan tahunan

Dikira secara berperingkat mengikut bilangan murid aktif sekolah anda. Setiap lapisan murid dikenakan kadar berikut.

1 - 20 muridRM15 / murid / tahun
21 - 50 muridRM5 / murid / tahun
51 - 100 muridRM5 / murid / tahun
101 - 200 muridRM4.50 / murid / tahun
201 - 300 muridRM4.50 / murid / tahun
301 - 500 muridRM3.50 / murid / tahun
501 - 1000 muridRM3 / murid / tahun
1001+ muridRM2.50 / murid / tahun

Kadar digunakan pada murid dalam setiap lapisan sahaja. Jumlah akhir dibundarkan kepada ringgit terdekat.

Contoh: 20 murid RM300; 150 murid RM925; 1,000 murid RM3,800 setahun.

Kalkulator harga langganan

Cara pengiraan

Kadar dikenakan pada murid dalam setiap lapisan sahaja, bukan pada semua murid.

Murid ke-1 hingga ke-2020 murid × RM15
RM300
Murid ke-21 hingga ke-5030 murid × RM5
RM150
Murid ke-51 hingga ke-10050 murid × RM5
RM250
Murid ke-101 hingga ke-15050 murid × RM4.50
RM225
Langganan setahunRM925
Hubungi Kami di WhatsApp

Akses percuma semua sekolah hingga 31 Disember 2026. Langganan diwajibkan mulai 1 Januari 2027.

Tempoh penuh 12 bulan selepas bayaran disahkan, walaupun sekolah mula melanggan pada Mac atau April.

Harga kekal sepanjang tempoh langganan. Perubahan bilangan murid diambil kira ketika invois pembaharuan dikeluarkan.

Sistem pengurusan sekolah
Modul utama sekolah
Sokongan sistem
Kemas kini sistem

Soalan lazim

Soalan yang sering ditanya

Siapa yang sesuai menggunakan MySkoolDeen?

MySkoolDeen direka untuk sekolah agama dan institusi KAFA yang mahu mengurus operasi sekolah secara lebih tersusun.

Adakah guru boleh menggunakan sistem ini?

Ya. Guru boleh menggunakan fungsi yang diberikan berdasarkan peranan dan akses mereka.

Adakah data sekolah disimpan dalam satu sistem?

Ya. MySkoolDeen direka untuk menghimpunkan data pengurusan sekolah dalam satu platform.

Berapakah harga langganan?

Harga dikira secara berperingkat mengikut bilangan murid aktif semasa invois dikeluarkan. Setiap lapisan murid dikenakan kadarnya sendiri, bukan satu harga tetap bagi seluruh julat. Contohnya, 20 murid RM300, 150 murid RM925 dan 1,000 murid RM3,800 setahun. Jumlah dibundarkan kepada ringgit terdekat.

Bagaimana jika bilangan murid berubah sepanjang tahun?

Harga yang tertera pada invois kekal sepanjang tempoh langganan. Pertambahan murid tidak dikenakan caj tambahan, dan pengurangan murid tidak mengurangkan bil semasa. Harga dinilai semula berdasarkan bilangan murid aktif ketika invois pembaharuan dikeluarkan.

Bila langganan berbayar diwajibkan?

Semua sekolah sedia ada dan baharu boleh menggunakan sistem secara percuma hingga 31 Disember 2026. Langganan diwajibkan mulai 1 Januari 2027. Selepas tarikh itu, modul operasi sekolah belum berlanggan berada dalam mod baca sahaja; admin masih boleh menyediakan tahun akademik, murid dan kelas untuk pengebilan. Data dan akses bil kekal tersedia. Langganan baharu yang dibayar awal bermula paling awal pada 1 Januari 2027.

Apa perlu disediakan sebelum memohon invois langganan?

Pastikan tahun akademik semasa sepadan dengan tahun pengebilan, kenaikan kelas selesai, status murid keluar dikemas kini dan pengambilan Tahun 1 lengkap. Sistem memaparkan ringkasan Tahun 1-6 dan harga sebelum admin mengesahkan data. Sekolah tanpa pengambilan Tahun 1 boleh menyatakan sebab. Jika data tahun baharu belum lengkap, hanya anggaran harga dipaparkan; invois rasmi dikeluarkan selepas pengesahan.

Jika mula melanggan pada Mac atau April, adakah harga berkurang?

Mulai 2027, harga tahunan penuh dikenakan untuk 12 bulan selepas bayaran disahkan, bukan sehingga hujung tahun kalendar. Contohnya, langganan bermula 1 April 2027 berakhir 31 Mac 2028. Pembaharuan awal menyambung selepas tempoh berbayar semasa tamat. Tiada pengiraan prorata mengikut baki bulan hingga Disember.

Berapa lama invois sah dan apa berlaku jika langganan tamat?

Invois sah selama 30 hari. Bukti yang dihantar dalam tempoh sah kekal menunggu semakan. Akses percuma semua sekolah berakhir pada 31 Disember 2026; tiada lanjutan persediaan percuma selepas tarikh itu. Langganan berbayar yang tamat mulai 2027 mempunyai tempoh ihsan 14 hari sebelum mod baca sahaja; data dan dokumen bil masih boleh dilihat.

Bagaimana untuk mula menggunakan MySkoolDeen?

Hubungi pihak MySkoolDeen untuk mendapatkan maklumat pendaftaran dan akses sistem.

Urus Mudah. Data Tersusun. Sekolah Lebih Terarah.

Sedia untuk urus sekolah dengan lebih mudah?